Jom Balik Malaysia!

April 11th, 2008 by ultranin

Doh
Tiba-tiba rasa bersemangat utk tulis paper. Mana tak semangatnya Conference tu akan di adakan di Malaysia ITSIM2008. So I have a good reason to go home. Sambil menyelam minum air kata orang. So dari minggu lepas berhempas pulas la aku membongkar semua koleksi paper yang pernah aku baca untuk dijadikan rujukan. Bukan senang rupanya nak tulis paper. Experiment semua dah buat tapi nak justify result and publish tu satu hal lain. Nasib baik lah supervisor aku ni kira supportive , dia guide aku utk create plot baru lah boleh nampak. First draft aku dibuat tanpa well-planned plot. So jadi rojak. aku masukkan semua yang aku baca dan experiment yang aku buat. Jadi paper tapi.. entah aku sendiri pun tak berapa best baca, so reject. Second draft , well-planned , proper plot. So nampak la idea dalam tulisan aku tu teratur sikit. Sekarang sedang menunggu komen dari supervisor aku. Dia ni agak particular bila komen paper. Biasanya dia punya komen sampai naik hitam paper aku penuh dengan marking, comment etc. Doa-doa petang ni, second draft aku ni accepted. Pastu boleh submit. Bulan Ogos terbang ke Malaysia. InsyaAllah…

Web Album : Sejuta Rindu

November 29th, 2007 by ultranin

Finally, after almost a year I ve been here, after hundred of request from my family and friends( ‘Woi tunjuk la gambar ko kat sana.."), here  you go, my web album.

Sejuta Rindu

OR

http://picasaweb.google.com/sejutarindu

This web album purposely created to record my life journey. There is no intention of photographical technical things ( as I used to be). I will try my best to share my life here in this web album.

Cheers.

Salam Aidilfitri dari Limerick Ireland

October 10th, 2007 by ultranin

Buat semua saudara mara dan sahabat handai,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Untuk 3 tahun ini ( doa semoga tidak lebih dari 3 tahun) kami sekeluarga berhari raya nun jauh di perantauan, home for now Limerick Ireland. Tiada lemang dan ketupat , hanya ingatan saudara-mara dan kawan-kawan jadi penawar. Nak buat pelita atau buat meriam pun tak boleh nanti tak kena gaya kena charge terrorist pulak.

Anyway sebenarnya best jugak beraya di negara asing ni. ( Ayat-ayat untuk memujuk hati sendiri). Yang paling best tak perlu keluarkan angpau raya, tak perlu drive kereta dalam traffic jam yang maha dasyat dari KL ke Melaka , dari Melaka ke Perak dan dari Perak ke KL semula, tak perlu beli baju raya sebab pakai jacket so takde sape tahu tahun ni baju raya color apa :P, boleh dengar khutbah raya dalam bahasa hindustan ( mesjid pakistan) , ala-ala shahrukh khan gitu.

Tapi camna pun raya di tempat sendiri is the best ( undeniable fact) … :((((((((((((

Content Analysis

September 6th, 2007 by ultranin

    PhD? Rasa gerun aku dengar. Bukan sikit cabaran yang perlu aku rempuh. Ada orang yang bernasib baik dapat ‘plain sailing’ utk buat PhD. Aku bukanlah sebijak mana utk meluncur laju macam tu. PhD buat aku rasa ‘know nothing’ about software. Betul kata arwah ustaz sekolah rendah aku dulu , " Makin kita belajar, makin banyak benda yang kita tak tahu". ( Al-Fatihah utk dia)

    Cabaran PhD bukan hanya terletak pada research tu sendiri. Tapi cabaran di persekitaran kadang-kadang lebih mencabar. Cabaran untuk setiap orang berbeza-beza. Macam aku kat sini, dari segi research aku belum menghadapi ujian yang betul-betul menguji, tapi aku teruji dengan masalah persekitaran. Macam-macam masalah yang perlu aku hadapi untuk survival family aku kat sini. Dari masalah duit, rumah, kerja part-time… (nonsense things but really makes sense) benda-benda ni kalau tak tackle dengan cermat akan memberi kesan pada tujuan utama datang ke sini PhD. Aku perlu pandai membahagikan masa.

    Dari first day aku datang sini, banyak benda yang aku tak sempat nak buat. Photography.. fotopages aku dah lama terbengkalai, blog aku ( ramai yang mintak , ‘ Tunjuklah gambar rumah ko, univ ko, kereta etc.. kami nak tengok life ko kat sana..’) Memang teringin nak buat tapi.. memang tak sempat. Memang benar firman Allah dalam surah Wal Asr tu.. Baru skg ni aku try nak atur balik hidup aku ( thanks to my wife atas pengorbanan yang aku tak mampu nak gambarkan), research aku, study aku, hobby etc.

    Ok. Cukup dulu melalut setakat ni. Sebenarnya aku saja nak release. Hari ni aku kena buat content analysis pada satu Java Open Source Project mailing list. Lebih 70 email aku kena baca dan manual trace utk code etc. Baru habis baca tak mula nak type analysis report lagi. Balik pukul 9.00 la malam ni.

    All the best! Ganbate Kudasai!

Memories

September 4th, 2007 by ultranin

    I’m not angry with life
I’m just bewildered
Chains of uncertainty
Are holding me down

Where am I to go
Who am I to blame
What am I to do
God, am I insane?
I never thought that my smile
Will put me deep into debt

I never thought that my innocence
Would stray me away from reality

I never thought that my live
Would resolved to emptiness

I never thought that in order to live
I have to bear so much pain

The sorrow of life has taught me
To accept many new beginnings

To smile even thought it hurts
To reach out even if there’s no one there
To aim high and never say die
Cause there’s always sun at the of the night

Memories…tortured by my own
Memories…
Memories…Trapped in my own
Memories…

If your eyes are full to the brim
The teardrops are sure to fall down
For whom the eyes may starve tomorrow
Where it get lost, the tears, that I had
Kept hidden in my…

Copyright by Cromok

Sentuhilah Aku

September 4th, 2007 by ultranin

Mencari puas mencari,
makna diri sendiri tak ku temui
Perintah hati tiada bertepi,
nilai yang suci dinodai

Selangkahku berjutanya lara,
Jerih dalam sengsara tak bersuara
Terjaring minda tertutuplah mata,
Miskin jiwa dicengkami dosa

Berikan ku kesempatan
Melenyap keangkuhan
Berikan ku pengharapan
Menebus kegagalan

Sentuhilah diriku dengan makrifat
Dengan kasih sayang
Agar terpadam, Kegusaran hati ini
Menitis tafsiran dari kesalan
Asap hitam memedihkan

Aku mendaki,Mencari erti
Akhirnya bertemu disini

Sebening airmataku, mengalirlah ke jiwa
Mencuci dosa, merawat luka-luka
Tersingkap rahsia suci, dari gemuruh kelam
Berarak pergi
Memukim yang abadi
Direlung hati

Credit to Amuk

Here I am..

September 4th, 2007 by ultranin

Thanks for those who love me, and cheer up my days with joy and happiness.
Thanks for those who remember me, and following me in this long journey.
Thanks for those who tried to know me, and getting confused with unknown me.
Thanks for everybody that still here to be my friend.

I am not a good writer , neither a well-managed person to pay commitment for this kind of blog, but I am created this blog with hope that I can share my journey .. my smile and my tears..

See you!

Cheers